Fungsi Utama

Bagi melaksanakan objektif perkhidmatan perancangan bandar dan desa di Negeri Johor, fungsi utama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor adalah:

Pointer Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) di bawah Subseksyen 4(1)(d), Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172);

Pointer Mengumpul, mengemaskini dan menganalisa data untuk perancangan pembangunan Negeri;

Pointer Menggalakkan dalam Negeri, dalam bidang dasar Negara, pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah dalam Negeri;

Pointer Menasihat Kerajaan Negeri sama ada dengan daya usahanya sendiri atau menyahut permintaan Kerajaan Negeri mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah dalam negeri;

Pointer Mengusaha, membantu dan menggalakkan pengumpulan data dan maklumat, penyelenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin dan monograf dan lain-lain siaran yang berhubung dengan Perancangan Bandar dan Desa;

Pointer Memberi nasihat perancangan kepada orang ramai; dan mentadbir, menyelaras dan melaksanakan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) dan Akta Pindaan berkaitan.