Fungsi Utama

Bagi melaksanakan objektif perkhidmatan perancangan bandar dan desa di Negeri Johor, fungsi utama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor adalah:

Pointer Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri dilantik sebagai  SetiausahaJawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dibawah subseksyen 4(1)(d), Akta Perancangan dan Desa, 1976 (Akta 172);

Pointer Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri menjalankan tugas sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) bagi mana-mana kawasan di dalam Negeri yang tidak menjadi sebahagian daripada mana-mana kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengikut peruntukan Akta A1129;

Pointer Mengumpul dan mengemaskini dan menganalisa data untuk perancangan pembangunan negeri dan Menggalakkan dalam Negeri, dalam bidang dasar Negara, pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah dalam negeri;

Pointer Menasihat Kerajaan Negeri sama ada dengan daya usahanya sendiri atau menyahut permintaan Kerajaan Negeri mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan pemeliharaan, pengunaan dan pemajuan tanah dalam negeri

Pointer Mengusaha, membantu dan menggalakkan pengumpulan data dan maklumat, penyelenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin dan monograf dan lain-lain siaran yang berhubung dengan Perancangan Bandar dan Desa

Pointer Memberi nasihat perancangan kepada orang ramai; dan

Pointer Mentadbir, menyelaras dan melaksana Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) dan Akta Pindaan iaitu Akta A933 dan A1129