Latar Belakang

SEJARAH JABATAN

bukit timbalan

 

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor telah ditubuhkan   pada 1 Januari 1958,  iaitu selepas tujuh (7) tahun Jabatan Perancangan Bandar Desa bagi Semenanjung Malaysia diwujudkan. Jabatan ini pada mulanya dikenali sebagai Jabatan Perancang Bandar dan Kampong, Wilayah Selatan yang berpejabat di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Ia berfungsi untuk memberi khidmat perundangan dan perancangan di Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

 

SENARAI PENGARAH JPBD JOHOR

Senarai nama Pengarah-pengarah JPBD Johor dari 1956 hingga kini adalah seperti berikut:-

 

1.

En. J. Nicholls

1956 - 1958

2.

En. Yin Yoke Hang

-

1959 - 1960

3.

En. Soo Kim Choon

-

1960 - 1965

4.

En. Eddie Chi Swee Guan

-

1965 - 1980

5.

Dato' Hj. Zainuddin Bin Muhammad

-

1980 - 1985

6.

YB Datin Paduka Dr Hjh. Halimaton Sa'adiah Bte Hashim

-

1986 - 1990

7.

Puan Zaleha Bte Shaari

-

1991 - 1992

8.

YB Dato' Haji Mutalib Bin Jelani

-

1992 - 1996

9.

Tuan Haji Hassan  Basery Bin Hamzah

-

1996 - 2006

10.

Tuan Haji Mohd. Azam Bin Mohd. Abid

-

2006 - 2013

11.

Puan Zaleha Binti Shaari

-

2013 - 2016

12.

Dr. Shamsaini Binti Shamsuddin

-

2016 - kini

 

 

Pada tahun 1985, nama Jabatan Perancangan Bandar dan Kampong Wilayah Selatan telah ditukar kepada Jabatan Perancang Bandar dan Negeri Johor ( JPBD Johor ).  Ini selaras dengan pembangunan yang semakin pesat dan menjadikan Jabatan sebagai penggerak dan memberi khidmat hanya di Negeri Johor.

Menara Ansar JB 

Pada bulan Oktober 2003, JPBD Johor telah berpindah ke Bangunan Ansar, Jalan Trus, Johor Bahru disebabkan pertambahan kakitangan. Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JPBD Johor telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam di mana JPBD Johor melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan perancangan bandar dan desa selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172). Pelanggan JPBD Johor terdiri dari mereka yang menerima perkhidmatan secara langsung atau tidak langsung.Antaranya adalah Kerajaan Negeri Johor, Agensi Kerajaan Peringkat Negeri dan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ), Pejabat Tanah Daerah / Pejabat Tanah dan Galian ( PTG ), Pejabat Daerah dan lain-lain.

 Di Nusajaya

Kini, pada tahun 2009, JPBD Johor telah berpusat di Pusat Pentadbiran Baru Kota Iskandar di Nusajaya.Selaras dengan saranan dan matlamat Kerajaan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan meningkatkan sistem penyampaian kepada pihak awam, JPBD Johor merupakan salah satu Jabatan yang terlibat dalam Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).