Lembaga Rayuan

PENGENALAN

Lembaga Rayuan Negeri Johor ditubuhkan di bawah peruntukan Seksyen 36, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Lembaga Rayuan merupakan satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) khususnya yang terbit dari sesuatu keputusan perancangan yang mana perayu itu sama ada sebagai pembantah, pemohon, pemilik atau pengguna merasa terkilan dengan keputusan PBPT.

Lembaga Rayuan bertindak sebagai tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172.

FUNGSI & TUJUAN LEMBAGA RAYUAN?

Lembaga Rayuan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan PBPT dan seterusnya menimbangkan kes-kes rayuan tersebut.?

KEAHLIAN LEMBAGA RAYUAN

SENARAI KEAHLIAN LEMBAGA RAYUAN NEGERI JOHOR : 2013 - 2017 (3 tahun dari tarikh Warta) Berkuasakuasa Semasa ini. adalah seperti berikut :-

Warta Kerajaan Negeri Johor Jil 55 No. 6 bertarikh 17 Mac 2014 No. 3022

JAWATAN

NAMA

Pengerusi :

Y.Bhg. Datuk Zainuddin bin Muhammad

Timbalan Pengerusi :

Y.B. Dato' Haji Md. Zahari Bin Md. Zin

Ahli-Ahli :

Y.B. Dato' Johari bin Suratman

 

Kosong

 

Y.B. Dato' Haji Naim bin Nasir

 

Y.Bhg. Prof. Dato Ahmad Nazri bin Muhamad Ludin

JENIS-JENIS RAYUAN

Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan ( Negeri Johor ) 2008, mengikut Warta Kerajaan Negeri Johor bertarikh 17 Julai 2008 dalam tambahan Perundangan No. 11 ( JPU 33 ) menjelaskan jenis-jenis rayuan seperti berikut :

1. i. Rayuan Oleh Pemohon Terhadap Keputusan PBPT (Seksyen 23 (1)(a) Akta 172 )

Rayuan oleh seseorang pemaju terhadap keputusan PBPT yang enggan memberi kebenaran merancang atau merayu terhadap syarat-syarat yang dikenakan.

   ii. Rayuan Oleh Pemohon Terhadap Keputusan PBPT(Seksyen 23 (1)(b) Akta 172 )

Rayuan oleh seseorang pemunya tanah bersempadanan yang telah membuat bantahan.

2. Amaun Pampasan (Seksyen 25 (9)(b) Akta 172)

Bila mana seseorang itu terkilan dengan amaun pampasan atau pembayaran balik yang telah dibayar atau ditawarkan akibat dari penarikan balik dan pengubahsuaian kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan

3. Notis Permintaan (Seksyen 30 (2)Akta 172)

Bila mana seseorang itu terkilan dengan permintaan Notis Permintaan yang dikeluarkan oleh PBPT di bawah?Seksyen 30 ( 1 ) Akta 172 yang :

  • Meminta supaya dihentikan penggunaan sesuatu tanah itu atau ;
  • Mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan ; atau
  • Mengkehendaki di ambil langkah-langkah perlu yang dinyatakan dalam Notis Permintaan itu melibatkan ubahsuaian atau alihan kepada bangunan atau kerja.

4. Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan(Seksyen 30 (7)Akta 172)

Bila mana seseorang itu terkilan dengan amaun pampasan yang ditawarkan di bawahSeksyen 30 ( 6 ) Akta 172 akibat dari susut nilai tanah yang terbit dari memenuhi Notis Permintaan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 30 ( 1 ) Akta 172.

5. Terkilan Dengan Perintah Pemeliharaan Pokok(Seksyen 35C Akta 172)

Bila mana seseorang itu terkilan dengan:

  • Sesuatu perintah pemeliharaan pokok atau mana-mana peruntukan dalam suatu perintah pemeliharaan pokok
  • Penolakan pemberian kebenaran bertulis oleh PBPT terhadap permohonan untuk menebang pokok yang tertakluk kepada perintah pemeliharaan pokok
  • Mana-mana syarat yang dikenakan ke atas pemberian suatu kebenaran bertulis oleh PBPT untuk menebang pokok yang tertakluk kepada perintah pemeliharaan pokok
  • Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di dalam suatu perintah pemeliharaan pokok

6. Pampasan Di Bawah Perintah Pemeliharaan Pokok(Seksyen 35D (3)Akta 172)

Bila mana pemunya tanah tidak berpuas hati dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh PBPT di mana pemunya tanah telah mengalami kerugian berupa kesusutan dalam nilai tanahnya

7. Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semua Pokok?(?Seksyen 35E Akta 172)

Bila mana orang yang telah didapati bersalah di bawah Seksyen 35A (4) kerana menebang pokok yang tertakluk kepada perintah pemeliharaan pokok, yang dikehendaki menggantikan pokok itu dengan menanam suatu pokok lain, yang terkilan dengan:

  • Penolakan permohonannya untuk menegenepikan keperluan menggantikan pokok itu;
  • Mana-mana perintah dan syarat oleh PBPT berhubung penggantian pokok itu;
  • Penolakan oleh permohonannya oleh PBPT untuk melanjutkan tempoh masa menggantikan pokok itu.

 

CARA-CARA MEMBUAT RAYUAN

Rayuan boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan disampaikan kepada pemohon oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT). Borang Rayuan, Permohonan Rayuan atau sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada :

Pendaftar Lembaga Rayuan Negeri Johor,
d/a Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Johor,
Tingkat 1 & 2, Bangunan Dato' Mohamad Salleh Perang,
Kota Iskandar 79646 Iskandar Puteri,
JOHOR, DARUL TAKZIM

Tel: 07-2667200/7201 Faks: 07-2661402


PROSES RAYUAN :

PROSES LEMBAGA RAYUAN :

i.

Fi Rayuan

ii.

Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan

iii.

Contoh Borang Kaedah Lembaga Rayuan