Jawatankuasa Perancang Negeri

Pengenalan

Mengikut peruntukan seksyen 4, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, (Akta 172)  JPBD adalah urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Johor dengan keahlian seramai 15 orang terdiri daripada 3 orang Yang Berhormat Ahli Exco dan 12 orang terdiri daripada Ketua Jabatan yang mempunyai perkaitan dengan fungsi Jabatan.

 

Senarai Ahli Jawatankuasa Perancang Negeri Johor Darul Takzim :

PENGERUSI JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI 

MENTERI BESAR JOHOR
Y.A.B. Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin

 

Ahli:

1.

Y.B. Datuk Md Jais Sarday
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan

2.

Y.B. Datuk Ir. Haji Hasni Bin Haji Mohammad. PGDK., KMN., PIS., AMN
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

3.

Y.B. Datuk Tee Siew Kiong. DMSM
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan

4.

Y.B. Tuan Haji Ismail Bin Mohamed
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani

5.

Y.B. Dato' Haji Ismail bin Karim
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

6.

Y.B. Dato' Ishak bin Sahari
Penasihat Undang-undang Negeri Johor 

7.

Y.B. Tuan Haji Mohd Nasir bin Abd. Salam
Pegawai Kewangan Negeri Johor

8.

Tuan Haji Azmi bin Rohani
Pemangku Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor

9.

Y.B. Tuan Haji Salehuddin bin Haji Hassan
Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor

10.

Y.B. Dato' Ir. Tuan Haji Asri bin Haji Arjan
Pengarah Kerja Raya Negeri Johor

11.

Y.B. Datuk Haji Aziz bin Mohd Akil
Pegawai Kemajuan Negeri Johor

12.

Encik Mokhtar bin Abdul Majid
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor

13.

Y.B. Ir. Tuan Haji Nor Hisham bin Mohd Ghazali
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor

14.

Encik Ahmad Kamil bin Mohd Yunus
Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor

15.

Datuk Haji Ismail bin Ibrahim
Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar ( IRDA )

16.

Dr. Shamsaini binti Shamsuddin
Pengarah PLANMalaysia@Johor (Setiausaha)

Fungsi Jawatankuasa adalah :-

(a)

Untuk menggalakkan dalam Negeri, dalam rangka dasar Negara, pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri;

(b)

Untuk mengatur, mengawal, merancang dan menyelaraskan semua aktiviti pemajuan di dalam Negeri;

(c)

Untuk menasihati Kerajaan Negeri, sama ada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri, mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri;dan

(d) 

Untuk mengusaha, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan penyiaran lain yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya.

 

Subseksyen 4(8), Akta 172 : 

Pengarah Perancang Bandar Dan Desa Negeri hendaklah menjadi penasihat utama kepada Jawatankuasa berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan, sebagai Setiausaha Jawatankuasa, hendaklah bertanggungjawab menjalankan keputusan dan melaksanakan dasar Jawatankuasa; dan dalam atau bagi maksud menunaikan fungsinya di bawah subseksyen ini, dia boleh menggunakan sumber kewangan, manusia dan sumber lain jabatannya.

 

Kertas-Kertas yang telah diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri dari tahun 2005 hingga tahun 2015

Tahun Tajuk Kertas Muat Turun
2009 Kertas Kerja Mesyuarat JPN Tahun 2009  Muat turun 
2010 Kertas Kerja Mesyuarat JPN Tahun 2010  Muat turun 
2011 Kertas Kerja Mesyuarat JPN Tahun 2011  Muat turun 
2012 Kertas Kerja Mesyuarat JPN Tahun 2012 Muat turun
2013 Kertas Kerja Mesyuarat JPN Tahun 2013 Muat turun
2014 Kertas Kerja Mesyuarat JPN Tahun 2014 Muat Turun
2015 Kertas Kerja Mesyuarat JPN Tahun 2015 Muat Turun