Manual Piawaian Perancangan

 

Piawaian Perancangan Bandar merupakan salah satu alat yang penting dalam proses penyelarasan dan kawalan perancangan. Penyediaan Manual Piawaian Perancangan Negeri Johor ini adalah berpandukan kepada Manual asal yang disediakan oleh pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia.

Di Negeri Johor, piawaian ini telah dibincang dan dipersetujui di peringkat Jawatankuasa yang melibatkan semua Pihak-pihak Berkuasa Tempatan pada 25 Februari, 1989. Pada tahun 1990, Manual ini telah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Johor (JPN. 02/02/90) untuk diterimapakai di semua Pihak Berkuasa Perancang Tempatan di Negeri Johor.

Seboleh mungkin, versi terkini Manual ini cuba memaparkan maklumat dan data-data piawaian perancangan yang tepat. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan percanggahan, ia bolehlah dirujuk kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa atau kepada jabatan-jabatan yang berkenaan. Pihak kami juga mengalu-alukan komen dan pandangan bagi mengemaskini dan memantapkan Manual ini.

Adalah diharapkan, Manual Piawaian Perancangan ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam aktiviti perancangan dan pembangunan di Negeri Johor.

Nota : Manual Piawaian Perancangan Negeri Johor boleh didapati di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor pada harga RM 50.00