Rancangan Fizikal Negara

Definisi

Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan suatu pelan perancangan spatial Negara yang memberi panduan mengenai arah dan corak pembangunan, kegunaan dan pemeliharaan tanah Negara yang strategic ( 15-20 tahun ).

Rancangan Fizikal Negara disediakan dibawah Bahagian II B, Seksyen 6B, Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001, (Akta A1129). Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Malaysia pada 26 April 2005.

Seksyen 6B ( 2 ) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 )  merupakan

  • suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategi bagi maksud menentukan haluan dan aliran am pemajuan fizikal bagi Negara.
  • Ianya juga perlu disertakan dengan apa-apa rancangan petunjuk sebagaimana yang perlu untuk menjelaskan dasar-dasar strategik.
  • Mengandungi perkara-perkara lain sebagaimana yang telah ditetapkan atau yang ditentukan oleh MPFN dalam mana-mana kes yang tertentu.

RFN ini disediakan di peringkat JPBD Semenanjung Malaysia dan dipertanggungjawabkan di bawah Ketua Pengarah Perancang Bandar dan Desa dan diwujudkan berasaskan kepada dasar-dasar yang diterjemahkan dari Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Malaysia 5 Tahun.

Lapan Tema Rancangan Fizikal Negara:-

  • Pembentukan kerangka spatial negara
  • Peningkatan daya saing ekonomi negara
  • Pemodenan sektor pertanian
  • Pengukuhan pembangunan pelancongan
  • Perngurusan petempatan manusia
  • Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar
  • Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara
  • Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian

Penyediaan RFN kini perlu dijadikan panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri di seluruh Semenanjung Malaysia dan penyediaan RFN ini perlu dijadikan sebagai :

  • Dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan  dengan dasar-dasar sektoral lain yang berkaitan.
  • Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di peringkat Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan bagi menjadi asas pembangunan semua negeri, dan
  • Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan panduan oleh Agensi Persekutuan dan Negeri dalam pembentukan program dan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Fungsi Rancangan Fizikal Negara

  • Mengukuhkan perancangan Negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi Negara.
  • Menyelaraskan agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral.
  • Membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan; dan
  • Membentuk polisi perancangan fizikal.

Tanggungjawab Penyediaan RFN

Penyediaan draf RFN adalah diperingkat JPBD Semenanjung Malaysia dan bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Perancang Bandar dan Desa. Terdapat 2 keadaan di mana  penyediaan RFN perlu dibuat :

  • Ketua Pengarah JPBD apabila diarahkan oleh Majlis , menyediakan dan menyampaikan suatu draf RFN yang meliputi Semenanjung Malaysia kepada Majlis bagi kelulusannya sebagaimana peruntukan Seksyen 6B (1).
  • Apabila RFN berkuatkuasa, adalah menjadi tugas am Kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk membantu dalam memastikan bahawa matlamat RFN tercapai sebagaimana peruntukkan dalam Seksyen 6B (5).

 

          Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pandai Negara kini boleh dimuat turun.. Klik sini <<<