Jawatankuasa Perancang Negeri

Pengenalan

Mengikut peruntukan seksyen 4, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, (Akta 172)  JPBD adalah urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Johor dengan keahlian seramai 15 orang terdiri daripada 3 orang Yang Berhormat Ahli Exco dan 12 orang terdiri daripada Ketua Jabatan yang mempunyai perkaitan dengan fungsi Jabatan.

 

Senarai Ahli Jawatankuasa Perancang Negeri Johor Darul Takzim :

PENGERUSI JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI
YAB DATUK IR. HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMAD
MENTERI BESAR JOHOR

TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI
YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Ahli:

1.

YB TUAN HJ. MOHD SOLIHIN BIN BADRI
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur

2.

YB DATUK HJ SAMSOLBARI BIN JAMALI
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar

3.

YB VIDYANANTHAN a/l RAMANADHAN
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar

4.

YB DATO' HAJI AZMI BIN ROHANI
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

5.

YB TUAN AMIR BIN NASRUDDIN
Penasihat Undang-Undang Negeri Johor

6.

YB DATO' SALEHUDDIN BIN HASSAN
Pegawai Kewangan Negeri Johor

7.

TUAN DATO' DR. HAJI BADRUL HISHAM BIN KASSIM
Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan)

8.

YB DATO' HAJI MOHAMMED RIDHA BIN DATO' HAJI ABD. KADIR
Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor

9.

TUAN IR. HJ. MOHD SAID BIN SIDIK
Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor

10.

ENCIK HAJI RAHMAN BIN MOHD DIN
Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Johor

11.

YBRs DR. MOHD FAMEY BIN YUSOFF
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor

12.

TUAN IR. CHE MOHD DAHAN BIN CHE JUSOF
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor

13.

ENCIK AZREEN BIN BASIR
Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor

14.

YBHG. DATUK ISMAIL BIN IBRAHIM
Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar ( IRDA )

15.

ENCIK BAIDZAWI BIN CHE MAT
Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Ekonomi Pantai Timur ( ECERDC )

16.

YBHG. TPr SAIDIN BIN LATEH
Pengarah PLANMalaysia@Johor (Setiausaha)

Fungsi Jawatankuasa adalah :-

(a)

Untuk menggalakkan dalam Negeri, dalam rangka dasar Negara, pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri;

(b)

Untuk mengatur, mengawal, merancang dan menyelaraskan semua aktiviti pemajuan di dalam Negeri;

(c)

Untuk menasihati Kerajaan Negeri, sama ada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri, mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri;dan

(d) 

Untuk mengusaha, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan penyiaran lain yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya.

 

Subseksyen 4(8), Akta 172 : 

Pengarah Perancang Bandar Dan Desa Negeri hendaklah menjadi penasihat utama kepada Jawatankuasa berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan, sebagai Setiausaha Jawatankuasa, hendaklah bertanggungjawab menjalankan keputusan dan melaksanakan dasar Jawatankuasa; dan dalam atau bagi maksud menunaikan fungsinya di bawah subseksyen ini, dia boleh menggunakan sumber kewangan, manusia dan sumber lain jabatannya.

 

Kertas-Kertas yang telah diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri dari tahun 2005 hingga tahun 2015

Tahun Tajuk Kertas Muat Turun
2009 Kertas Kerja Mesyuarat JPN Tahun 2009  Muat turun 
2010 Kertas Kerja Mesyuarat JPN Tahun 2010  Muat turun 
2011 Kertas Kerja Mesyuarat JPN Tahun 2011  Muat turun 
2012 Kertas Kerja Mesyuarat JPN Tahun 2012 Muat turun
2013 Kertas Kerja Mesyuarat JPN Tahun 2013 Muat turun
2014 Kertas Kerja Mesyuarat JPN Tahun 2014 Muat Turun
2015 Kertas Kerja Mesyuarat JPN Tahun 2015 Muat Turun