Piagam Pelanggan

Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa terdiri daripada dua peringkat iaitu Peringkat Ibu Pejabat (Perkhidmatan Persekutuan) dan Peringkat Negeri di setiap Negeri seluruh Semenanjung Malaysia. Bagi JPBD Johor, Piagam Pelanggan yang merupakan teras kepada perkhidmatan adalah sebagaimana berikut:-

Kami Pegawai dan Kakitangan JPBD Johor berjanji untuk:-

  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Sekurang-kurang 3 Kali Setahun.
  • Memberi Ulasan Perancangan Dalam Tempoh 14 Hari
  • Menyelaras Penyediaan Rancangan Tempatan Dan Rancangan Kawasan Khas Serta Memantau Perlaksanaan Berdasarkan Program Rancangan Malaysia Lima Tahun.
  • Menyedia/Menyelaras Pelan Projek Khas Dalam Tempoh 60 Hari.
  • Mengadakan Mesyuarat Dengan Ketua Unit OSC Dua (2) kali setahun.
  • Menyampaikan Keputusan Bertulis Lembaga Rayuan Kepada Perayu Dan Responden Dalam Tempoh 10 Hari Tarikh Keputusan Diterima Dari Pengerusi Lembaga Rayuan.
  • Membekal Maklumat Perancangan (Kategori Tidak Berperingkat) Dalam Tempoh 5 Hari.
  • Memberi Layanan Kaunter Dengan Berbudi Bahasa Dalam Tempoh 5 Minit.
  • Memberi Ulasan Perancangan Ke Atas Permohonan Perancangan Tapak Dalam Tempoh 30 Hari.

 

LAMPIRAN 1

PIAGAM PELANGGAN 1   :          

 
       
i Nama Agensi : PLANMalaysia@Johor (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Johor)
ii Kod Katagori Agensi : Negeri
iii Nama Ketua Agensi : Datuk TPr Mohd Faidzal bin Hamzah
iv No Telefon Dan Faks : 07-2667200  FAX : 07-2661402
v Nama pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapat maklumat tambahan : Puan Hafiza Izzaty binti Sukirman
 

1         OUTPUT

  1. MENGURUSETIAKAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI.
  2. MEMBERI ULASAN PERANCANGAN.
    • Kebenaran Merancang
    • Ubah Syarat / Pecah Bahagian
    • Pelan Bangunan
  3. MEMBERI KEPUTUSAN KEBENARAN MERANCANG (SEKSYEN 5(2) AKTA 172)
  4. MENYELARAS PENYEDIAAN RT DAN RKK SELARAS DENGAN PROGRAM RANCANGAN MALAYSIA LIMA TAHUN.
  5. MENYEDIAKAN KAJIAN PROJEK KHAS.
  6. MENGADAKAN MESYUARAT DENGAN KETUA UNIT OSC.
  7. MENYAMPAIKAN KEPUTUSAN BERTULIS LEMBAGA RAYUAN KEPADA PERAYU DAN RESPONDEN.
  8. MEMBEKAL MAKLUMAT PERANCANGAN (KATEGORI TIDAK TERPERINGKAT).
  9. MEMBERI LAYANAN KAUNTER DALAM MASA YANG SINGKAT. 

2.         STANDARD PERKHIDMATAN/KELUARAN

NO.

OUTPUT

STANDARD

1.

MENGURUSETIAKAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI

3 kali setahun

2.

MEMBERI ULASAN PERANCANGAN;

KEBENARAN MERANCANG

14 hari

3.

MENYELARAS PENYEDIAAN RT DAN RKK SERTA MEMANTAU PERLAKSANAAN BERDASARKAN PROGRAM RANCANGAN MALAYSIA 5 TAHUN

 Dokumen bertulis yang diwartakan dan digunapakai dalam pengawalan perancagngan di peringkat Negeri dan PBT

4.

MENYEDIAKAN  PELAN PROJEK KHAS

60 hari

5.

MENGADAKAN MESYUARAT DENGAN KETUA UNIT OSC

2 kali setahun

6.

MENYAMPAIKAN KEPUTUSAN BERTULIS LEMBAGA RAYUAN KEPADA PERAYU DAN RESPONDEN 10 hari dari tempoh keputusan Pengerusi

7.

MEMBEKAL MAKLUMAT PERANCANGAN (KATEGORI TIDAK TERPERINGKAT)

5 hari bekerja

8

MEMBERI LAYANAN KAUNTER DALAM MASA YANG SINGKAT

5 minit masa menunggu

9

MEMBERI ULASAN PERANCANGAN KE ATAS PERMOHONAN PERANCANGAN TAPAK

Dalam tempoh 30 hari

3.         TAHAP PENCAPAIAN STANDARD PERKHIDMATAN/KELUARAN (Januari - Disember 2017)

NO.

OUTPUT

STANDARD

Pencapaian DISEMBER 2019

1.

MENGURUSETIAKAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI

3 kali setahun

100 %

(telah dilaksanakan sebanyak 4 kali)

2.

Memberi Ulasan Perancangan;

 

Kebenaran Merancang

14 hari

95%

(36 daripada 876 permohonan KM Melebihi 14 Hari)

3.

MENYELARAS PENYEDIAAN RT DAN RKK SERTA MEMANTAU PERLAKSANAAN BERDASARKAN PROGRAM RANCANGAN MALAYSIA 5 TAHUN

 Dokumen bertulis yang diwartakan dan digunapakai dalam pengawalan perancagngan di peringkat Negeri dan PBT

100% perlaksanaan. 

Draf RTD Pontian 2030 (Penggantian),
Draf RTD Batu Pahat 2030 (Penggantian),
Draf RTD Segamat 2030,
Draf RTD Kluang 2030 (Penggantian),
Draf RTD Mersing 2030 (Penggantian),
Draf RTD Muar 2030 (Penggantian),
Draf RKK Sg Lumpur, Mersing

 

4.

MENYEDIAKAN  PELAN PROJEK KHAS

60 hari

100 %

Pelan Halatuju Strategik Desa Negeri Johor

5.

MENGADAKAN MESYUARAT DENGAN KETUA UNIT OSC.

(OSC dipantau oleh KPSU (KT). JPBD Johor telah mengadakan Mesyuarat Teknikal PBT/OSC bagi mengantikan Mesyuarat di atas dengan kekerapan 2 kali setahun.

2 kali setahun

100 %

Mesyuarat PBT/OSC Bil 01/2019 (8 April 2019)
Mesyuarat PBT/OSC Bil 02/2019 (5 Ogos 2019)
Mesyuarat PBT/OSC Bil 03/2019 (20 November 2019)

6.

MENYAMPAIKAN KEPUTUSAN BERTULIS LEMBAGA RAYUAN KEPADA PERAYU DAN RESPONDEN

10 hari dari tempoh keputusan Pengerusi

0 %

( Dalam Proses Lantikan Ahli Lembaga Rayuan)

7.

MEMBEKAL MAKLUMAT PERANCANGAN (KATEGORI TIDAK TERPERINGKAT)

5 hari bekerja

100 %

(92 Pelanggan)

8.

MEMBERI LAYANAN KAUNTER DALAM MASA YANG SINGKAT

5 minit masa menunggu

100 %

(605 Pelanggan dengan purata 2-3 orang seharit.

9.

MEMBERI ULASAN PERANCANGAN KE ATAS PERMOHONAN PERANCANGAN TAPAK

30 Hari Bekerja   

89.44%

(317 Permohonan daripada 3001 permohonan melebihi 30 hari)

10.

MENGADAKAN SEBARAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI (RSN)

 

Sekurang-kurangnya sekali setahun

100%

Pameran semasa Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia Peringkat Negeri Johor

 

Kod Kategori Agensi         : C

Kementerian  : Perumahan dan Kerajaan Tempatan

A -       Jabatan Persekutuan                       B -       Badan Berkanun Persekutuan

C -       Peringkat Negeri                             D -       Pihak Berkuasa Tempatan