VISI, MISI, MATLAMAT & OBJEKTIF

 MISI

Menjadi Peneraju Perancangan Bandar dan Desa Ke Arah Mewujudkan Persekitaran Kehidupan Yang Berkualiti, Sejahtera dan Mampan Menjelang 2020

VISI

Memacu perancangan fizikal Negeri melalui pelaksanaan dan pemantauan perancangan pembangunan yang komprehensif, sistematik dan inovatif ke arah kesejahteraan masyarakat.

MATLAMAT

Pewujudan Persekitaran Yang Berkualiti Dan Sejahtera Melalui Perkhidmatan Perancangan Bandar Dan Desa Yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang.

OBJEKTIF

  • Untuk menjadi penasihat utama dalam perancangan bandar dan desa kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) dan agensi berkaitan;
  • Untuk mengukuhkan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi kawasan bandar dan desa bagi meningkatkan taraf perkhidmatan selaras dengan matlamat Negeri;
  • Menjamin mutu kepakaran dan sistem maklumat bagi tujuan perancangan yang berterusan;
  • Untuk menggubal dan melaksanakan Kaedah-kaedah di bawah Akta 172, Pelan dan Garis Panduan Perancangan serta memastikan pemakaian berkesan oleh semua agensi di peringkat pelaksanaan;
  • Menyediakan sistem maklumat perancangan yang terkini melalui pendekatan teknologi maklumat yang mudah dirujuk oleh semua pihak; dan
  • Untuk mengatur, mengawal dan menyelaras pemajuan, penggunaan dan pemeliharaan tanah melalui Pelaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) dan akta-akta yang berkaitan.