Murninet

DEFINISI

Satu aplikasi untuk mewujudkan pangkalan data dalam bentuk digital yang dapat mengukur Kemampanan Bandar yang akan memberi gambaran pencapaian kualiti rupa bentuk fizikal bagi sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan secara berterusan.

MATLAMAT KAJIAN

Matlamat kajian ini ialah untuk melaksanakan petunjuk-petunjuk bandar mampan bagi mengukur dan menilai tahap pencapaian kualiti sebuah bandar.

OBJEKTIF KAJIAN

a) Mengkaji isu, masalah dan kekuatan sesebuah bandar berdasarkan petunjuk-petunjuk bandar mampan.

b) Menyediakan cadangan-cadangan dan strategi pembangunan bandar mampan bagi sesebuah bandar.

DEFINISI BANDAR MAMPAN

Bandar mampan mengikut definisi United Nations Centre For Human Settlements (HABITAT) dalam Program Bandar Mampan adalah "Bandar Yang Mampu Mengekalkan Pencapaian Dalam Pembangunan Sosial, Ekonomi Dan Fizikal Untuk Selama-lamanya"

Manakala definisi bandar mampan yang dikemukakan oleh Research Triangle Institute (RTI) ialah "Wilayah Metropolitan yang boleh bersaing dengan jayanya di peringkat global tetapi masih boleh mengekalkan keunggulan budaya dan alam sekitarnya".

KONSEP PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN

Di Malaysia, konsep bandar mampan dilihat bukan sahaja dari perspektif bandar mampan pada peringkat antarabangsa tetapi disesuaikan dengan Prinsip-prinsip Perancangan dan Pembangunan Sejagat secara menyeluruh yang telah diterima pakai oleh JPBD (Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat [Edisi Kedua] JPBD Bil 4/2000).

Di antara lain, Garis Panduan ini menyarankan agar perancangan pembangunan (termasuk bandar) haruslah juga mempunyai ciri-ciri adil dan saksama , ihsan, aman dan selamat, menghormati ilmu dan sentiasa mengingati Pencipta serta bersih dan cantik.?

Untuk mencapai tahap bandar mampan khususnya dan negara maju menjelang 2020 amnya, tahap kemampanan sesuatu petempatan hendaklah sentiasa diukur dan dipertingkatkan supaya kualiti hidup penduduk tempatan dapat dipertingkatkan pada setiap masa.

PETUNJUK BANDAR MENGIKUT SEKTOR

SEKTOR

PETUNJUK

DEMOGRAFI

P1-1.Kadar Perbandaran

P1-2.Kepadatan Penduduk

P1-3.Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan Penduduk

P1-4.Umur Median

P1-5.Purata Saiz Isi Rumah

PERUMAHAN

P2-1.Nisbah Harga Rumah Kepada Pendapatan

P2-2.Nisbah Sewa Rumah Kepada Pendapatan

P2-3.Nisbah Ruang Lantai Bagi Setiap Seorang

P2-4.Nisbah Pengeluaran Perumahan Bagi 1000 Penduduk

EKONOMI BANDAR

P3-1.Kadar Pengangguran

P3-2.Kadar Pertumbuhan Pekerjaan

P3-3.Kadar Pertumbuhan Guna Tenaga

P3-4.Kadar Kemiskinan Bandar

P3-5.Agihan Pendapatan (Angkali Gini)

UTILITI DAN INFRASTRUKTUR

P4-1.Kadar Kegunaan Air Bagi Setiap Penduduk

P4-2.Kadar Kehilangan Air

P4-3.Peratus Keluasan Kawasan Banjir

P4-4.Purata Kutipan Sampah

P4-5.Peratus Kediaman Yang Mendapat Perkhidmatan Pembentungan Berpusat

KEMUDAHAN MASYARAKAT DAN REKREASI

P5-1.Nisbah Doktor Kepada Penduduk

P5-2.Nisbah Keluasan Tanah Lapang Awam Kepada 1000 Penduduk

P5-3.Nisbah Guru Kepada Murid Sekolah Rendah

P5-4.Nisbah Pra Sekolah Kepada Penduduk

P5-5.Nisbah Dewan Serba guna Kepada Penduduk

ALAM SEKITAR

P6-1.Peratus Peruntukan Kewangan Untuk Pengurusan Alam Sekitar

P6-2.Nisbah Kes Asma Bagi 10,000 Penduduk

P6-3.Peratus Peruntukan Kewangan Untuk Program Lanskap

P6-4.Indeks Kualiti Air Sungai ( WQI )

P6-5.Peratus Keluasan Kawasan Yang Menerima Perkhidmatan Kutipan Sampah

P6-6.Peratus Sisa Pepejal Yang Dikitar Semula

P6-7.Bilangan Kes Aduan Bising Yang Diterima Dalam Setahun

P6-8.Nisbah Kes Penyakit Bawaan Air Per 10,000 Penduduk Yang Dilaporkan Dalam Setahun

SOSIOLOGI DAN IMPAK SOSIAL

P7-1.Peratus Penglibatan Masyarakat Terhadap Sesuatu Isu & Program Kemasyarakatan

P7-2.Tahap Kualiti Perkhidmatan Kesihatan

P7-3.Nisbah Kes Jenayah Indeks Kepada 10,000 Penduduk

P7-4.Nisbah Kes Juvana Kepada 1000 Penduduk

P7-5.Nisbah Kes Tangkapan Gejala Sosial Kepada 1000 Penduduk

P7-6.Kadar Perceraian Bagi 1000 Perkahwinan

GUNA TANAH?

P8-1.Peratus Kelulusan CFO

P8-2.Peratus Keluasan Tanah Untuk Kemudahan Masyarakat

P8-3.Peratus Keluasan Lantai Kediaman Dalam Bandar

REKA BENTUK BANDAR DAN WARISAN

P9-1.Peratus Perbelanjaan Penyelenggaraan Eleman Warisan dan Pengindahan

P9-2.Peratus Bangunan atau Kawasan Warisan Dipelihara

PENGANGKUTAN DAN
AKSESSIBILITI

P10-4.Peratus Kereta Persendirian Yang Tanpa Penumpang (Single Occupancy Vehicle/SOV) Yang Masuk ke Pusat Bandar Pada Waktu Puncak Pagi
P10-1.Peratus Pengguna Pengangkutan Awam

P10-2.Tahap Kualiti Perkhidmatan Bas Awam

P10-3.Peratus Perbelanjaan Untuk Mempertingkatkan Sistem Aksesibiliti

P10-4.Peratus Kereta Persendirian Yang Tanpa Penumpang (Single Occupancy Vehicle/SOV) Yang Masuk ke Pusat Bandar Pada Waktu Puncak Pagi
P10-5.Nisbah Jumlah Kemalangan Jalan Raya Kepada 10,000 Penduduk
P10-6.Peratusan Kes Kemalangan Jalan Raya yang melibatkan Maut

PENGURUSAN DAN KEWANGAN

P11-1.Hasil PBT Per Kapita

P11-2.Kadar Kutipan Cukai

P11-3.Nisbah Aliran Tunai Berbanding Emolumen

P11-4.Perbelanjaan Pembangunan Per Kapita

P11-5.Nisbah Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Ikhtisas Kepada Penduduk??

P11-6.Peratus Perbelanjaan Mengurus Berbanding Hasil