PENGENALAN
Pusat Setempat diwujudkan bagi memastikan perlaksanaan penambahbaikan sistem penyampaian dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan komprehensif demi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam serta meransang pertumbuhan ekonomi Negara. Pusat Setempat ini akan memproses permohonan?permohonan pembangunan tanah ( Seksyen 124A dan 204D KTN ), kebenaran merancang dan pelan bangunan secara serentak.
Perlaksanaan Pusat Setempat ini adalah sebagai hala cara baru bagi memendekkan tempoh masa bagi kelulusan pembangunan tanah sebagai alternatif bagi mempercepatkan proses kelulusan tanah dan secara langsung dapat meningkatkan sistem penyampaian prosedur dan proses cadangan pemajuan tanah di peringkat PBT kearah menzahirkan perkhidmatan yang menyeluruh, cepat dan tepat serta memenuhi kehendak orang ramai.
Penubuhannya di setiap Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) adalah bertujuan bagi :
PERANAN PUSAT SETEMPAT ( OSC )
Peranan Pusat Setempat adalah seperti berikut :
KEAHLIAN JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT
Pengerusi : Datuk Bandar/Yang Dipertua Majlis
Timbalan : Setiausaha
Setiausaha : Ketua Unit OSC/Pegawai OSC
Ahli : Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Pengarah Tanah dan Galian/Pentadbir Tanah
Pengarah Jabatan Kerja Raya
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran
Pengarah Jabatan Alam Sekitar
Pengurus Tenaga Nasional Berhad *
Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia *
Pengurus Telekom Malaysia Berhad *
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan *
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains
Pengarah Jabatan Lanskap PBT
Pengarah Jabatan Bangunan PBT *
Pengarah Jabatan Kesihatan PBT *
Pengarah Jabatan Kejuruteraan PBT *
4 orang Ahli Majlis
Jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan akan dijemput dari masa ke semasa
* Jabatan teknikal akan memberikan ulasan ke atas permohonan pelan bangunan
PROSES PERMOHONAN SECARA SERENTAK BAGI NEGERI JOHOR
Permohonan Secara Serentak adalah merupakan intipati penting dalam perlaksanaan Pusat Setempat ( OSC ) yang bertujuan untuk memendekkan norma masa bagi memproses permohonan sekaligus dapat meningkatkan sistem penyampaian awam terutamanya di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Bagi permohonan untuk cadangan pemajuan secara serentak, terdapat 3 alternatif yang boleh dipilih oleh pemohon iaitu :
ALTERNATIF 1 : ( 4 Proses Permohonan )
- Perihal tanah * + KM + Pelan Bangunan + Pelan Kerjatanah, Parit dan Jalan
ALTERNATIF 2 : ( 3 Proses Permohonan )
- Perihal tanah * + KM + Pelan Bangunan atau
- KM + Pelan Bangunan + Pelan Kerjatanah, Parit dan Jalan
ALTERNATIF 3 : ( 2 Proses Permohonan )
- Perihal tanah * + KM atau
- KM + Pelan Bangunan atau
- Pelan Bangunan + Pelan Kerjatanah, Parit dan Jalan atau
- KM + Pelan Kerjatanah, Parit dan Jalan
Bagi permohonan berasingan, pula adalah sebagaimana berikut :
CARTALIR PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG YANG DISELARASKAN DI BAWAH OSC