Apakah Kebenaran Merancang?
1 - Merupakan kebenaran secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).
2 - Kebenaran merancang adalah kelulusan yang diperlukan setelah kelulusan tukar syarat tanah diperolehi, yang mana ia adalah sebelum proses pelan bangunan diteruskan.
3 - Tiada had keluasan tanah yang dikecualikan daripada kebenaran merancang, walaupun tanah tersebut kurang daripada 1 ekar.
MAKSUD KEBENARAN MERANCANG MENGIKUT AKTA 172
SIAPA YANG MEMBERIKAN KEBENARAN MERANCANG?
DEFINISI PEMBANGUNAN ATAU PEMAJUAN
Subsyeksyen 2(1) Akta 172, mendefinisikan pembangunan atau pemajuan meliputi aktiviti-aktiviti berikut :
PERKARA-PERKARA PENTING DALAM MEMPERTIMBANGKAN PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG
Subsyeksyen 22( 2 ) Akta 172 telah menjelaskan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh PBPT sebelum menimbang atau membuat keputusan ke atas sesuatu permohonan kebenaran merancang. Antaranya adalah termasuk :
a.Peruntukan-peruntukan rancangan pemajuan yang telah diwartakan atau dalam penyediaan.
b.Arahan-arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri ( jika ada ).
c.Peruntukan-peruntukan Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993.
d.Laporan Cadangan Pemajuan.
e.Bantahan-bantahan Pemilik Tanah Berjiran yang dibuat di bawah Seksyen 21.
f.Permohonan yang perlu mendapat nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara ( MPFN )
g.Ulasan-ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan.
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PENTING BERKAITAN DENGAN KEBENARAN MERANCANG DALAM KAEDAH-KAEDAH PENGAWALAN PERANCANGAN AM NEGERI JOHOR 2008
Seksyen |
Kaedah |
Peruntukan / Perkara Penting |
Subseksyen 21(1) |
Kaedah 3 |
Permohonan Untuk kebenaran Merancang. |
Kaedah 3(1) |
Permohonan Kebenaran Merancang berkenaan dengan suatu pemajuan seperti dinyatakan di Borang A, Jadual Pertama. |
|
Kaedah 3(2) |
Permohonan hendaklah mengandungi butir, dokumen, pelan yang ditetapkan seperti dinyatakan di Jadual 2. |
|
Subeksyen 21(3) |
Kaedah 3(3) |
Sesuatu Arahan Bertulis yang diberikan kepada pemohon untuk meminda rancangan. Borang A(1) Jadual 1. |
Kaedah 3(4) |
Sesuatu Arahan Bertulis yang diberikan kepada pemohon meminta dibuat pindaan ke atas cadangan dikembalikan semula kepada PBPT dalam tempoh 1 mingguatau ditentukan oleh PBPT. |
LARANGAN MENGENAI PEMAJUAN TANPA KEBENARAN MERANCANG
Keperluan bagi mendapat Kebenaran Merancang adalah diperuntukkan di bawah Seksyen 19(1), Akta 172 iaitu:
?Tiada seorang pun, lain daripada pihak berkuasa tempatan, boleh memula, mengusaha atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah Seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah Seksyen 24(3)?.
Semua pemajuan hendaklah memperolehi kelulusan kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan. Jika pemajuan dijalankan tanpa kebenaran merancang atau pemajuan dijalankan berlawanan dengan kebenaran merancang, pemunya boleh disabitkan kesalahan di bawah Sekyen 27 dan Seksyen 28 Akta 172. Hukuman yang boleh dikenakan adalah mengikut Subseksyen 26(1), iaitu denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
KHIDMAT PROFESIONAL PERANCANG BANDAR
KEBENARAN MERANCANG YANG PERLU DIRUJUK KEPADA JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI SETERUSNYA KEPADA MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA (MPFN) UNTUK MENDAPAT NASIHAT MENGIKUT PERUNTUKAN SUBSEKSYEN 22(2A), AKTA 172
1. Pembangunan perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu (10,000 orang) atau meliputi suatu kawasan yang melebihi seratus (100 hektar) hektar atau kedua-duanya.
2. Sesuatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastuktur atau kemudahan utama , termasuk
3. Sesuatu pemajuan yang melibatkan kawasan di puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan sensitif alam sekitar dalam sesuatu rancangan pemajuan.
4. Pihak Berkuasa Perancang Tempatan akan merujuk kepada Jawatankuasa Perancang Negeri dan seterusnya Jawatankuasa perlu merujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara untuk mendapatkan nasihat dan pandangan sebelum membuat keputusan terhadap sesuatu permohonan yang dikemukakan.
TAHUKAH ANDA? ANDA BOLEH DIDAKWA SEKIRANYA MELANGGAR KEBENARAN MERANCANG?
Pemilik tanah yang didapati bersalahan di bawah Seksyen 26 (1) Akta 172, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM 500,000.00 dan tambahan RM 5,000.00 bagi setiap hari kesalahan yang dilakukan atau penjara tidak lebih 2 tahun atau keduanya.
PROSES KEBENARAN MERANCANG :
i. Kaedah Pengawalan Perancangan Am ( KPPA )
ii. Contoh Borang Kebenaran Merancang
iii. Arahan Bertulis