Perkhidmatan Atas Talian

APLIKASI ATAS TALIAN

1.  Geoportal @ Geojohor

Merupakan sebuah Portal Interaktif Data Geospatial bagi pangkalan data maklumat gunatanah berasaskan web yang bertujuan memudahkan pengguna menyemak gunatanah semasa dan gunatanah masa hadapan berasaskan Rancangan Tempatan Daerah di Negeri Johor. 

Muat turun Manual Pengguna Geoportal >> klik muat turun

2.  e-Paper SPC

Adalah satu aplikasi yang dicipta untuk kegunaan kakitangan dalaman bg memudahkan akses kepada dokumen-dokumen mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri secara atas talian. Antara dokumen yang boleh didapati adalah kertas-kertas kerja, minit dan agenda mesyuarat, serta keputusan mesyuarat.

3.  e-Kaunter       

eKaunter  adalah satu produk yang dibangunkan oleh JPBD bertujuan memudahkan pengguna bertanyakan status berkaitan permohonan secara atas talian. Pengguna perlu mempunyai satu akaun email bagi memudahkan komunikasi dan setiap maklumbalas akan melalui email.     

4.  HRMIS

Aplikasi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia

5.  e-Jawab

Johor Aduan Awam Bersepadu (eJAWAB) yang dibangunkan oleh Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor(USTICT). Portal ini berfungsi sebagai salah satu medium untuk rakyat memberi maklumbalas dalam bentuk aduan, cadangan, pertanyaan dan penghargaan.

6.  eSPEKS

eSPEKS adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet. eSPEKS mengandungi 3 subsistem iaitu eMaklum, ePayslip dan eEC. Walau bagaimanapun, ke semua modul di dalam eSPEKS boleh diakses melalui satu (1) skrin login.

7. eLatihan

Sistem Maklumat Pengurusan Latihan Negeri Johor ini adalah satu platform untuk kakitangan awam Negeri Johor memohon pelbagai kursus yang ditawarkan oleh agensi-agensi dari Negeri Johor.

8. Sistem Maklumat Pelajar Praktikal

Sistem Maklumat Pelajar Praktikal (SMPP) yang dibangunkan oleh Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor(USTICT) merupakan suatu sistem berfungsi sebagai permohonan latihan industri / praktikal dan merekodkan data-data pelajar praktikal di sesebuah organisasi seperti maklumat pelajar, institusi pendidikan dan sebagainya.