Program Bandar Selamat

PENGENALAN

DEFINISI

Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara.
Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu-gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria. 

PELAKSANAAN PROGRAM BANDAR SELAMAT

Jemaah Menteri pada 28 Januari 2004 memutuskan supaya diwujudkan bandar dan pekan selamat misalnya mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah untuk mencegah jenayah.

4 MATLAMAT UTAMA MEWUJUDKAN BANDAR YANG SELAMAT

1) Bandar yang bebas dari keganasan (violence) merosakkan harta benda dan nyawa seperti gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya.

2) Bandar yang bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

image045 image046
image047 image048

3) Bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral (social and moral decay) seperti penagihan dadah, kecurian, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, hilang integriti dan sebagainya.

image049

image050

image051

4) Bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kemalangan jalan raya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.

image052

image053

 

5 LANGKAH PELAKSANAAN SEGERA

1) Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor


- PBT akan mengenalpasti beberapa tumpuan kawasan awam seperti stesen bas dan rel disediakan bagi mengasingkan pejalan kaki dari laluan motor. 

image054

image055

 

2) Penyediaan Bollard atau Pagar

- PBT akan menyediakan bollard atau pagar di tempat-tempat tertentu bagi mengasingkan laluan pejalan kaki dengan laluan motosikal.

image056

image057

 

3) Mencuci / Mengemas Kawasan-Kawasan Semak dan Terlindung


- Meningkatkan pembersihan kawasan-kawasan kotor dan grafiiti khususnya, di tempat-tempat awam seperti di sekitar laluan stesen bas, rel dan lorong-lorong tepi dan belakang premis perniagaan utama. Dengan demikian, tempat-tempat ini akan mudah diawasi oleh PBT dari aktiviti-aktiviti jenayah.

image058

image059

image060

 

4) Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam


- Jejantas tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindungi laluan dari pandangan awam. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya. Sebarang iklan di jejantas hendaklah di paras yang tidak menghalang penglihatan (seperti di paras bumbung).

image061

image062

image063

 

5) Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran Atau Tumpuan Penjenayah


- Memasang lampu di laluan jejantas, letak kereta, terowong dan sebagainya bagi memudahkan pengawasan. Semua premis perniagaan perlu memasang lampu di laluan kakilima supaya mudah untuk diawasi dan tidak menjadi tempat yang mudah bagi peragut.

image064

image065

image066