RANCANGAN KAWASAN KHAS
DEFINISI
Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan suatu rancangan pemajuan yang terperinci untuk tujuan pelaksanaan. Penyediaannya dan kuatkuasanya sama seperti mana Rancangan Tempatan. Jawatankuasa Perancang Negeri yang akan meluluskan Rancangan Kawasan Khas ini.
Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) mengikut seksyen 16B (i), (ii) dan (iii), yang mana Pengarah JPBD / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanggungjawab untuk menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini.
Hasil utama bagi Rancangan Kawasan Khas ini adalah sepert berikut :-
- Pelan Tindakan Pembangunan disokong oleh
- Pelan Susunatur
- Pelan Pengurusan (KSAS)
KEPERLUAN PENYEDIAAN RKK
Keperluan penyediaan RKK terbahagi kepada 2 iaitu :
JENIS-JENIS RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) :
- RKK Pembangunan Semula;
- RKK Berkepentingan Warisan ;
- Melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal bagi;
- Memelihara topografi semulajadi;
- Memperelok landskap;
- Memelihara dan menanam pokok dalam;
- Mengadakan tanah lapang dalam;
- Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan dalam;
- Memperelok sistem komunikasi dalam; dan
- Menguruskan lalu lintas dalam; kawasan rancangan tempatan.
Keluasan RKK ini bergantung kepada jenis RKK yang dibangunkan antara 50 hingga 100 hektar.
STATUS KAJIAN RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) :
Bil. |
Negeri/Kawasan |
Tahun Bermula |
Status |
1. |
RKK Bandar Pengangkutan Senai |
2007 |
Draf RKK Publisiti & Hebahan pada 14 Ogos 2008 |
2. |
RKK Kukup-Permas |
2007 |
Draf RKK Publisiti & Hebahan pada awal 2009 |
3. |
RKK Seelong |
2007 |
Draf RKK |