RANCANGAN TEMPATAN

DEFINISI

Mengandungi peta atau pernyataan bertulis yang disokong dengan Garis Panduan perlaksanaan yang menerangkan secara terperici segala candangan Pihiak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) berhubung dengan aktiviti pemajuan dan penggunaan tanah.

LATAR BELAKANG

  • Bahagian III, Seksyen 12 hingga 16A, Akta Perancangan Bandar & Desa, 1976 ( Akta 172 )
  • Mengandungi peta cadangan dan pernyataan bertulis berkenaan cadangan pemajuan dan penggunaan tanah dan bangunan secara terperinci bagi kawasan PBPT
  • Kawasan perancangan meliputi sempadan kawasan PBPT
  • Rancangan Tempatan disediakan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan ( PBPT ) atau Pengarah JPBD Negeri
  • Rancangan Tempatan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri ( JPN )
  • Rancangan Tempatan hendaklah dimaklumkan dan dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri ( PBN )

     

Mengikut Subseksyen 12(3), Akta 172 menggariskan Draf Rancangan Tempatan sebagai satu pernyataan bertulis yang mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis yang disokong oleh garis panduan pelaksanaan. Ianya menerangkan dengan lebih terperinci segala dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum untuk pemajuan dan penggunaan tanah serta menterjemahkan dan memperincikan dasar-dasar strategik Rancangan Struktur kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.

Mengikut Subsyeksyen 12(3)A pula, penyediaannya adalah bagi mengadakan rumusan dan perincian oleh PBPT mengenai cadangannya bagi :

  • Memajukan tanah
  • Melindungi dan memperelok alam sekitar
  • Memelihara topografi semulajadi
  • Memperelok lanskap
  • Memelihara dan menanam pokok dalam
  • Mengadakan tanah lapang dalam
  • Memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan
  • Memperbaiki sistem komunikasi
  • Mengendalikan lalulintas

KEPERLUAN PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN  

Keperluan Penyediaan RT termasuklah:

  • Menterjemah dan melaksanakan strategi RS
  • Mengemukakan garis panduan serta asas terperinci bagi memudahkan pembangunan
  • Mengemukakan arah tuju pembangunan kawasan perancangan tempatan untuk pertimbangan dan maklumbalas awam.

FUNGSI  PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN  

  • Mentafsir dasar dan cadangan umum yang terkandung dalam RS ke dalam bentuk fizikal
  • Menyediakan garis panduan asas kepada PBT, Agensi-agensi Kerajaan dan Swasta dalam pembangunan kawasan kajian
  • Merumuskan garis panduan kawalan pembangunan untuk memudahkan proses-proses perlaksanaan RT
  • Mengenalpasti keutamaan kawasan tindakan yang perlu tindakan segera ? kawasan RKK

 

STATUS PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN DI NEGERI JOHOR DI BAWAH AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA, 1976 (AKTA 172)

Rancangan Tempatan Yang Telah Diwartakan

Bil.

Rancangan Tempatan

Status

Tarikh Warta

1.

Rancangan Tempatan Tampoi, Larkin dan Kempas

Telah Warta

26 September 1991

2.

Rancangan Tempatan Kulai - Senai

Telah Warta

20 November 1997

3.

Rancangan Tempatan Ulu Tiram

Telah Warta

5 November 1998

4.

Rancangan Tempatan Skudai

Telah Warta

1 Julai 2004

5.

Rancangan Tempatan Masai ? Plentong

Telah Warta

1 Julai 2004

6.

Rancangan Tempatan Bandar Kota Tinggi

Telah Warta

6 Januari 2000

7.

Rancangan Tempatan Bandar Penggaram

Telah Warta

3 Ogos 2000

8.

Rancangan Tempatan Yong Peng ? Air Hitam

Telah Warta

1 Julai 2004

9.

Rancangan Tempatan Bandar Pontian / Pekan Nenas

Telah Warta

3 Ogos 2000

10.

Rancangan Tempatan Bandar Maharani

Telah Warta

7 Mei 1998

11.

Rancangan Tempatan Bandar Tangkak

Telah Warta

1 Julai 2004

12.

Rancangan Tempatan Bandar Segamat

Telah Warta

1 Julai 2004

13.

Rancangan Tempatan Bandar Mersing

Telah Warta

1 Julai 2004

14.

Rancangan Tempatan Bandar Kluang

Telah Warta

3 Ogos 2000

15.

Rancangan Tempatan Bandar Simpang Renggam

Telah Warta

1 Julai 2004

16.

Rancangan Tempatan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang

Telah Warta

 

Selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129), penyediaan Rancangan Tempatan telah diubahsuai meliputi seluruh daerah.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke 8 (2001-2005), sebanyak 5 kajian RTD yang telah disediakan dan sebanyak 3 kajian dicadang unutk dijalankan dalam tempoh RMK-9.

 

WAWASAN RT SETIAP DAERAH

1.     RTD Johor Bahru

Bandaraya Bertaraf Antarabangsa Menjelang Tahun 2020?

2.     RTD Muar/Ledang

Tumpuan Utama Pelancongan ( Warisan & Alam Semulajadi ), Perindustrian

3.     RTD Batu Pahat

Kawasan Perindustrian Kluster Tekstil dan Sumber Agro, Pelancongan dan Perkhidmatan, Disokong Pusat-pusat Pertumbuhan Yang Beryeraskan Nilai Hidup Budaya Tempatan?

4.     RTD Pontian

Perbandaran Yang Moden, Bersepadu Dan Disokong Pembangunan Ekonomi Yang Berdaya Maju, Peningkatan Kualiti Hidup Serta Pengurusan Sumberjaya Secara Mampan?

5.     RTD Kluang

Pusat Pertanian Moden Dan Industri Pembuatan Dengan Sokongan Aktiviti Perdagangan Dan Perkhidmatan Pelancongan, Infrastruktur Dan Utiliti Yang Berkualiti Di Samping Pemeliharaan Kepelbagaian Biologi Negara?

6.     RTD Segamat

Pusat Pertumbuhan Bagi Wilayah Pertumbuhan Barat-Utara Johor ( WPBUJ ) Dengan Pembangunan Perbandaran Dan Ekonomi Yang Progresif, Berasaskan Sumberjaya Tempatan Serta Persekitaran Hidup Yang Berkualiti?

7.     RTD Kota Tinggi

Pusat Pelancongan Berteraskan Warisan Sejarah Dan Sumber Semulajadi Yang Unggul Dan Kondusif Menjelang 2020?

8.     RTD Mersing

Daerah pelancongan yang unggul dan bertaraf antarabangsa berteraskan sumber pantai, kepulauan dan alam semulajadi?

 

STATUS KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH NEGERI JOHOR (RTD) :

Bil.

Negeri/Kawasan

Tahun Bermula

Status

1.

RT Daerah Johor Bahru

2002

Warta pada 3 Januari 2008

2.

RT Daerah Pontian

2002

Warta pada 3 Januari 2008

3.

RT Daerah Muar

2002

Warta pada 3 Januari 2008

4.

RT Daerah Batu Pahat

2002

Warta pada 3 Januari 2008

5.

RT Daerah Kluang

2003

 

6.

Draf RT Daerah Kota Tinggi

2006

Draf Rancangan Tempatan

7

Draf RT Daerah Segamat

2006

Draf Rancangan Tempatan

8

Draf RT Daerah Mersing

2008

Draf Rancangan Tempatan