Rancangan Struktur Negeri
DEFINISI
Merupakan suatu pernyataan bertulis mengenai dasar-dasar dan cadangan-cadangan am yang berkaitan dengan pemajuan dan penggunaan tanah, merangkumi aspek-aspek sosial, ekonomi, fizikal dan alam sekitar bagi sesuatu kawasan. Pernyataan bertulis ini akan disokong oleh gambarajah utama.
LATAR BELAKANG
. Bahagian III, Seksyen 8 hingga 11, Akta Perancangan Bandar & Desa, 1976 (Akta 172)
. Mengandungi pernyataan bertulis berkenaan cadangan am pemajuan dan penggunaan tanah bagi sesuatu Negeri.
. Kawasan perancangan RS meliputi sempadansesuatu Negeri.
. Rancangan Struktur disediakan oleh Pengarah JPBD Negeri.
. Rancangan Struktur diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri ( JPN ).
. Rancangan Stryktur hendaklah dimaklumkan dan dirunding kepada Majlis Perancang Fizikal Negara ( MPFN ).
. Rancangan Struktur hendaklah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri ( PBN ).
Mengikut Subseksyen 8 (3), Akta 172 menggariskan Rancangan Struktur Negeri sebagai satu pernyataan bertulis yang :
1. Menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik peringkat negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan luar bandar termasuk langkah-langkah :
2.Menyatakan pertalian antara cadangan-cadangan yang terkandung di dalamnya dengan cadangan-cadangan am bagi pemajuan dan penggunaan tanah di negeri-negeri yang bersempadan dengannya yang dijangaka mungkin menyentuh negeri itu.
3. Mengandungi perkara-perkara lain yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam sesuatu kes tertentu.
RSN hendaklah mengandungi gambarajah-gambarajah, gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar/cadangan.
MATLAMAT PENYEDIAAN RSN JOHOR
FUNGSI RANCANGAN STRUKTUR NEGERI JOHOR
TANGGUNGJAWAB DAN KAEDAH PENYEDIAAN RSN
Penyediaan RSN adalah dibawah tanggungjawab Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri. Terdapat 2 keadaan di mana penyediaan RSN bagi sesuatu negeri boleh disediakan oleh PBN iaitu :
STRATEGI UTAMA RSN JOHOR
a. Strategi pembangunan ekonomi Tertumpu Berselerak.
b. Unjuran kependudukan berasaskan unjuran ekonomi dan pekerjaan.
c. Penyediaan sistem perhubungan & kemudahan infrastruktur berintegrasi.
d. Pertumbuhan konurbasi masa hadapan.
e. Strategi pembangunan luar bandar.
f. Pemeliharaan KSAS.
g. Pemeliharaan kawasan pertanian.
STATUS PENYEDIAAN RANCANGAN STRUKTUR DI NEGERI JOHOR DI BAWAH AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA, 1976 (AKTA 172)
Negeri Johor merupakan antara negeri yang terawal mempunyai Rancangan Struktur di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diwartakan.
Bil. |
Negeri/Kawasan |
Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan ( PBPT ) |
Status Warta |
1. |
Rancangan Struktur MPJB, Mukim Plentong dan Pasir Gundang |
2 PBPT |
12 Mac 1987 |
2. |
Rancangan Struktur Johor Barat 14 Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan |
14 PBPT |
19 Ogos 1993 |
3. |
Rancangan Struktur Johor Timur 8 Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan |
8 PBPT |
01 Februari 1996 |
TARIKH PEWARTAAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI (RSN)
Bil. |
Negeri/Kawasan |
Tahun Bermula |
Status |
1. |
RSN Johor Bahru |
2001 |
Warta pada 3 Januari 2008 |