Jawatankuasa Khas IBTEC ditubuhkan dengan tujuan untuk memberi fokus dan halatuju dalam menangani setiap isu-isu yang berbangkit dalam merealisasikan pembangunan Ibrahim Technopolis (IBTEC) yang merupakan Projek Khas bagi negeri Johor sebagai penanda aras baharu bagi perbandaran industri berteknologi tinggi, bandar pintar dan bandar rendah karbon.
TUJUAN
Meneliti, berbincang dengan kritikal dan menyokong pembangunan IBTEC
Meneliti Urban Design Guideline (UDG) pembangunan IBTEC dan impak pembangunannya yang positif kepada ekonomi negeri, masyarakat sekeliling dan perkembangan pekerja mahir di Negeri Johor
Berperanan untuk semakan dan sokongan bagi permohonan insentif cukai, pekerja mahir serta permohonan pembangunan Fast Lane / Green Lane oleh para pelabur di IBTEC
KEAHLIAN
Pengerusi
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor
Timbalan Pengerusi
Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan)
Ahli Tetap
Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor (PTG)
Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ)
Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ)
Setiausaha Bahagian, Bahagian kerajaan Tempatan (SUKKT)
yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)
Ketua Pegawai Eksekutif, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)
Presiden dan Ketua Eksekutif, Johor Corporation (JCorp)