MISI, VISI DAN MATLAMAT

MISI

Menjadi Peneraju Perancangan Bandar dan Desa Ke Arah Mewujudkan Persekitaran Kehidupan Yang Berkualiti, Sejahtera dan Mampan.

VISI

Memacu Perancangan Fizikal Negara melalui pelaksanaan dan pemantauan perancangan pembangunan yang komprehensif, sistematik dan inovatif ke arah kesejahteraan masyarakat.

MATLAMAT

Pewujudan Persekitaran Yang Berkualiti Dan Sejahtera Melalui Perkhidmatan Perancangan Bandar Dan Desa Yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang

DASAR KUALITI JABATAN

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Johor Adalah Komited Di Dalam Perkhidmatan Perancangan Bandar Dan Desa Yang Memenuhi Keperluan Pelanggan Ke Arah Mewujudkan Persekitaran Kehidupan Yang Sejahtera Dan Mampan

OBJEKTIF

  • Mengukuhkan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi kawasan Bandar dan Desa bagi meningkatkan taraf perkhidmatan selaras dengan matlamat Negeri dan Negara
  • Mengatur, mengawal dan menyelaras pemajuan, penggunaan dan pemuliharaan tanah melalui pelaksanaan berkesan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 [Akta 172] dan Akta-akta yang berkaitan
  • Menggubal dan melaksana kaedah-kaedah di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 [Akta 172], pelan dan garis panduan perancangan serta memastikan pemakaian berkesan oleh semua agensi di peringkat pelaksanaan
  • Menjadi penasihat utama dalam Perancangan Bandar dan Desa kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi berkaitan.
  • Menjamin mutu kepakaran dan sistem maklumat bagi tujuan perancangan yang berterusan
  • Menyediakan sistem maklumat perancangan yang terkini melalui pendekatan dan kaedah teknologi maklumat yang mudah dirujuk oleh semua pihak