Johor City Gallery merupakan satu platform oleh Kerajaan Negeri Johor untuk menceritakan secara terperinci berkenaan perancangan dan pembangunan di Negeri Johor dengan mengambilkira elemen bandar pintar. Galeri ini juga merupakan satu inisiatif yang akan memberi impak positif kepada Negeri Johor pada masa akan datang kerana ia dapat menarik minat jabatan/ agensi kerajaan dan swasta, pihak berkepentingan serta pelabur sama ada dalam atau luar negara selaras dengan teknologi terkini agar penggunaannya terus dapat dimanfaatkan.
Galeri ini terletak di Aras 2, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor yang merangkumi beberapa komponen antaranya adalah station interaktif di mana pengguna dapat berinteraksi dengan elemen yang dipaparkan. Antara elemen tersebut ialah Johor’s Insight dimana pengguna boleh berinteraksi dengan peta yang mengandungi model 3D bangunan, maklumat gunatanah dan lain-lain.
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Johor
(PLANMalaysia Johor)
Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang,
79646, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor
TEL: 07-2667200/ 7201
E-MEL: jpbd@johor.gov.my