LATAR BELAKANG JABATAN

PENUBUHAN JABATAN

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Johor ditubuhkan pada 1 Januari 1958, tujuh (7) tahun selepas Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia ditubuhkan. Pada mulanya jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Perancang Bandar dan Kampong, Wilayah Selatan. Jabatan yang beroperasi di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru berfungsi untuk memberi khidmat perundangan dan perancangan di Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JPBD Johor telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam di mana JPBD Johor melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar seta peraturan yang berkaitan perancangan bandar dan desa selaras dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172). Pelanggan JPBD Johor terdiri daripada pihak yang menerima perkhidamtan secara langsung atau tidak langsung. Antaranya adalah Kerajaan Negeri Johor, Agensi Kerajaan Peringkat Negeri dan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Daerah / Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pejabat Daerah dan lain-lain.

PENUBUHAN JABATAN
PERPINDAHAN JABATAN

PERPINDAHAN JABATAN

Pada bulan Oktober 2003, JPBD Johor telah berpindah ke Bangunan Ansar, Jalan Trus, Johor Bahru apabila kapasiti kakitangan semakin bertambah. Seterusnya pada tahun 2009, JPBD Johor telah berpusat di Pusat Pentadbiran Baru Kota Iskandar di Nusajaya. Selaras dengan saranan dan matlamat Kerajaan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan meningkatkan sistem penyampaian kepada pihak awam, JPBG Johor merupakan salah satu Jabtan yang terlibat dalam Jawatankuasa Setempat (OSC) di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

PENJENAMAAN SEMULA

Jemaah menteri pada 25 Januari 2017 telah bersetuju meluluskan penjenamaan semula Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) kepada PLANMalaysia dengan tagline baharu Perancangan Melangkaui Kelaziman (Planning: Beyond Conventional). Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor kini dikenali sebagai PLANMalaysia Johor.

PLANMALAYSIA JOHOR