GALERI FOTO

7-9 Mei 2025 | SESI TAKLIMAT BERSAMA PASUKAN PETUGAS PUSAT DATA (DCTF)
9 Mei 2025 | Bilik Mesyuarat Utama, PLANMalaysia Johor Pihak Jabatan telah menerima kunjungan daripada Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) yang telah ditubuhkan bersama Kementrian Digital (KD) dan Kementrian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi memperkasa pembangunan dan kawal selia Indutri Pusat Data di Malaysia.
7-9 Mei 2025 | MESYUARAT VERIFIKASI DATA GUNA TANAH I-PLAN BERSAMA PBT NEGERI JOHOR BAGI DATA SESI JULAI HINGGA DISEMBER 2024 BIL. 01/2025
Mesyuarat Verifikasi Data Guna Tanah I-Plan bersama PBT Negeri Johor Bil. 01/2025 telah diadakan dengan kerjasama Bahagian Maklumat Guna Tanah Negara (BMGN), Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS), serta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Johor.
5-8 Mei 2025 | BENGKEL ASET ALIH KERAJAAN PLANMALAYSIA JOHOR
ISKANDAR PUTERI, 5-8 Mei 2025 -Bengkel Aset Alih Kerajaan yang telah berlangsung dari 5 hingga 8 Mei 2025 merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuhkan pengetahuan dan kefahaman pegawai serta kakitangan jabatan berkaitan pengurusan aset alih kerajaan. Peserta telah didedahkan kepada pelbagai aspek penting seperti tatacara pendaftaran, penerimaan, penyimpanan, pelupusan serta penyelenggaraan aset alih mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.
7 Mei 2025 | MESYUARAT PRA RUNDINGAN BAGI PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR NEGERI JOHOR BERSAMA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI JOHOR
ISKANDAR PUTERI, 7 MEI 2025 – Satu sesi Mesyuarat Pra Rundingan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Negeri Johor telah diadakan di PLANMalaysia Johor bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor (JPS).
5-6 Mei 2025 | PERKONGSIAN GERAK KERJA PEMBANGUNAN PINTAR JOHOR KEPADA AGENSI NEGERI TERENGGANU
KUALA NERUS, 5-6 MEI 2025 – Jabatan ini telah dijemput oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (PLANMalaysia Terengganu) bagi mengadakan sesi taklimat dan perkongsian berkenaan Gerak Kerja Pembangunan Bandar Pintar Negeri Johor. Gerak Kerja yang kongsi adalah aspirasi daripada YB Mohd Jafni Md Shukor Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor
18 APRIL 2025 | PERBINCANGAN PELAKSANAAN INDIKATOR PENARAFAN BANDAR PINTAR NEGERI JOHOR BERSAMA KPRJ
ISKANDAR PUTERI, 30 APRIL 2025 – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) pada hari ini telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) berkaitan pelaksanaan indikator Penarafan Bandar Pintar di Negeri Johor.