SOALAN LAZIM

Perancangan bandar dan desa ialah perancangan yang berkaitan dengan penggunaan, pembangunan, dan pemeliharaan tanah serta perancangan infrastruktur bagi pembangunan bandar dan luar bandar untuk mencapai keseimbangan dan kecekapan dalam penggunaan sumber.

Di Semenanjung Malaysia, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sama-sama bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa, di mana Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia berfungsi memberi nasihat secara menyeluruh ke atas dasar-dasar perancangan negara kepada semua Kementerian, Jabatan Kerajaan dan separa Kerajaan. Manakala Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri berfungsi untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri masing-masing di samping mengawal pembangunan.

Bandar dan desa akan membanguna dengan tidak terkawal menyebabkan kegunaan tanah tidak optimum dan berlakunya percanggahan fungsi gunatanah. Maka dengan itu, wujudlah satu persekitaran masyarakat yang tidak selesa dan harmoni.

Rancangan Struktur (RS) merupakan dokumen yang menyediakan rangka kerja perancangan untuk memandu dan mengawal pembangunan fizikal negeri sebagaimana peruntukan Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]

Rancangan Tempatan (RT) ialah dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar umum dalam Rancangan Struktur (RS) kepada pelan pembangunan fizikal yang lebih terperinci dan praktikal

LCP adalah satu laporan yang dikehendaki disediakan mengikut peruntukan Seksyen 21A, Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan)1995, yang perlu dikemukakan bersekali dengan pelan tatatur yang dikemukakan samada untuk permohonan tukar syarat, pecah sempadan atau mendirikan bangunan di mana yang berkaitan. Ianya membentangkan asas-asas perancangan, rasional-rasional dan justifikasi yang dapat mengukuhkan kesesuaian cadangan-cadangan pemajuan. Juga dapat membantu kelicinan proses pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan terhadap permohonan yang dikemukakan.

Merujuk kepada subseksyen 2(1) Akta 172, kebenaran merancang (KM) adalah kebenaran yang diberikan dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan.

Setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) ialah pihak berkuasa yang ditubuhkan bawah undang-undang termasuk Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Subseksyen 5(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memperuntukkan kuasa kepada PBT untuk menjadi pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT). Ini bermaksud mana-mana PBT seperti majlis daerah, majlis perbandaran, majlis atau dewan bandaraya atau mana-mana perkataan lain yang bermaksud ia sebagai PBT adalah PBPT dalam kawasan pantadbirannya. Subseksyen 5(2) memperuntukkan bagi kawasan diluar sesebuah PBT, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri ialah PBPT bagi kawasan tersebut.

Penyertaan Awam merupakan satu proses yang penting dalam perancangan bagi memastikan rancangan pemajuan seperti rancangan struktur (RS) dan rancangan tempatan (RT) dapat memenuhi hasrat dan pandangan masyarakat umum.

Lembaga Rayuan berfungsi untuk memberikan peluang kepada seseorang untuk mengemukakan rayuan sekiranya merasa terkilan atau tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) untuk pertimbangan semula keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan.

Ia merupakan kesalahan mandatori dibawah Akta 172. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM 500,000,00 atau penjara dua (2) tahun atau kedua-keduanya sekali. Denda akan dikenakan sehingga RM 5000.00 setiap hari kesalahan berterusan.