Bandar Pintar atau Smart City merujuk kepada bandar yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta teknologi termaju untuk menangani isu dan cabaran perbandaran bagi meningkatkan kualiti hidup, ekonomi, kemampanan alam sekitar dan memastikan pengurusan bandar yang efektif dan efisien. Pelaksanaan bandar pintar boleh dibuat berdasarkan hierarki perancangan dan pembangunan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] yang bermula di peringkat wilayah / negeri dalam bentuk Blueprint Bandar Pintar.
Blueprint Bandar Pintar Negeri Johor 2030 merupakan satu inisatif yang melambangkan manifestasi Kerajaan Negeri Johor ke arah Negeri Pintar. Rangka Tindakan ini menggariskan hala tuju perancangan dan pembangunan bandar pintar melalui dasar, strategik dan inisiatif yang berpaksikan kepada People Centric Smart City iaitu membina bandar pintar yang mengutamakan dan memenuhi keperluan rakyat Negeri Johor dari aspek menangani isi dan cabaran perbandaran. Pelaksanaan in akna didayakan dan disepadukan melalui sokongan penggunaan teknologi (technoloy oriented approcah) dan penyelesaian pintar (smart solution) bagi meningkatkan kualiti hidup, ekonomi dan kemampanan alam sekitar
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Johor
(PLANMalaysia Johor)
Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang,
79646, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor
TEL: 07-2667200/ 7201
E-MEL: jpbd@johor.gov.my