Aktiviti Perancangan Bandar dan desa diletakkan sebagai tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ini terkandung di bawah Perkara 74 dan 77 dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bersama-sama bertanggungjawab kea rah mempastikan pemeliharaan, pemajuan dan penggunaan tanah dan bangunan yang teratur dan selamat untuk kesejahteraan rakyat.
Pada mulanya ia diperkenalkan, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) diperbuat menurut Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan bagi maksud untuk mempastikan persamaan undang-undang dan dasar serta peraturan yang sempurna bagi perancangan Bandar dan desa dalam kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan dalam Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia
Akta 172 mendapat perkenan di Raja pada 16 Mac 1976 dan diwartakan pada 25 Mac 1976. Walaubagaimana pun menurut seksyen 1(2) Akta itu pemakaian dlam Negeri-negeri hanya boleh dibuat pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Pihakberkuasa Negeri yang berkenaan dengan persetujuan Menteri. Menteri disini bermaksud Menteri Kabinet yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa.
Pertama kali diperkenalkan Akta 172 mengandungi 9 bahagian dan 59 seksyen. Akta ini telah dipinda pada tahun 1993 melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1993 (Akta A866) untuk memasukkan peruntukan berkaitan dengan aktiviti pembentungan supaya selaras dengan Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993 (Akta 508) yang diperkenalkan pada tahun yang sama.
Pada tahun 1995, Akta 172 telah melalui pindaan yang substantif iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1996 (Akta A933). Pindaan ini dibuat sebagi sebahagian usaha untuk menangani dan memperketatkan undang-undang yang berkaitan dengan alam sekitar. Undang-undang ini didapati masih lemah berikutan tragedy tanah runtuh dan kejadian seumpama yang terhasil dari aktiviti pembangunan yang tidak memberi keutamaan kepada kepentingan memelihara alam persekitaran dari segi fizikal.
Pada tahun 2001, Akta 172 ini sekali lagi dipinda melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129). Pindaan kali ini dibuat sebagai usaha untuk menangani kegawatan ekonomi yang melanda negara sekitar 1997 yang dikaitkan dengan sektor hartanah. Ini merupakan langkah untuk mendisiplinkan semua pihak yang terlibat dalam sektor industri hartanah dengan menentukan semua keputusan yang berkaitan dengan aktiviti pembangunan fizikal adlah berasaskan kepada keperluan pasaran sebenar.
Pindaan kali ini juga dibuat sebagai suatu usaha untuk mewujudkan peranan Kerajaan Persekutuan dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa selaras dengan semangat tanggungjawab bersama yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan bagi setiap negeri. Bagi mempastikan peranan ini dijalankan dalam Akta 172 itu maka Perkara 74(1) dan Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan telah dimasukkan sebagai kuasa pemboleh
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Johor
(PLANMalaysia Johor)
Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang,
79646, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor
TEL: 07-2667200/ 7201
E-MEL: jpbd@johor.gov.my