RANCANGAN STRUKTUR NEGERI

PENGENALAN

Rancangan Struktur (RS) merupakan dokumen yang menyediakan rangka kerja perancangan untuk memandu dan mengawal pembangunan fizikal negeri sebagaimana peruntukan Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. RSNJ 2030 merupakan dokumen perancangan pembangunan jangka masa panjang Negeri Johor yang mengandungi pernyataan bertulis dan gambar rajah utama yang menjelaskan hala tuju strategik, strategi dan inisiatif-inisiatif pelaksanaan dengan berpandukan teras-teras perancangan negeri. 

RSNJ 2030 meneliti prinsip-prinsip asas perancangan di peringkat global berpandukan New Urban Agenda (NUA) dan Sustainable Development Goals (SDGs) serta matlamat dan visi negara sebagai panduan overarching principles bagi perancangan Negeri Johor. Ini adalah untuk memastikan pembangunan negeri dibuat senada dengan perancangan menyeluruh perancangan bandar terkini.

 
MATLAMAT PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR

“NEGERI BERDAYA SAING DAN SEJAHTERA, BERASAS KEBITARAAN DAERAH, BERARUSPERDANAKAN KELESTARIAN DAN BERPAKSIKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT”

 
OBJEKTIF PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR
  • Untuk melonjak pertumbuhan spatial dan ekonomi yang strategik dan lestari, secara transformatif ke arah Negeri Berdaya Saing dan Sejahtera, memartabatkan negeri sebagai kuasa ekonomi utama di Malaysia dan maju di persada dunia
  • Untuk memastikan kepentingan sentiasa menjadi agenda utama Negeri Johor melalui permuafakatan antara pemimpin dan rakyat dalam pembangun komuniti untuk ehidupan sejahtera, inklusif dan berkualiti
  • Untuk memperdanakan Kelestarian Negeri melalui pemeliharaan aset semulajadi dan warisan tradisi budaya rakyat Johor yang tidak ternilai, berdaya tahan mendepani cabaran perubahan global serta menerapkan konsep-konsep pembangunan mampan merangkumi tenaga boleh diperbaharui dan bangsa bestari
  • Untuk memperkukuhkan pertumbuhan yang seiring antara daerah-daerah Konurbasi Selatan dan luar Konurbasi Selatan berlandaskan kebitaraan setempat bagi mendokong pembangunan spatial negeri yang lestari
 
TERAS-TERAS PERANCANGAN NEGERI JOHOR

01

Pertumbuhan Dinamik dan Seimbang Konurbasi Selatan dan Luar Konurbasi Selatan

02

Sistem Perhubungan Pengangkutan dan Infrastruktur Bertaraf Antarabangsa

03

Sistem Perhubungan Pengangkutan dan Infrastruktur Bertaraf Antarabangsa

04

Pertumbuhan Dinamik dan Seimbang Konurbasi Selatan dan Luar Konurbasi Selatan