Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan pelan perancangan yang lebih terperinci berbanding Rancangan Tempatan (RT), yang juga boleh dipanggil sebagai action area plan. RKK mengandungi cadangan-cadangan tindakan khusus yang dirancang untuk kawasan tertentu yang telah dikenalpasti oleh Pihak Berkuasa Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan. Penyediaan RKK melibatkan rancangan terperinci bagi kawasan berkepentingan khusus, membolehkan PBT melaksanakan tindakan pembangunan dengan segera setelah mengenal pasti isu-isu perancangan dan pembangunan setempat. RKK boleh disediakan semasa penyediaan atau setelah berkuatkuasanya sesuatu Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan.
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Johor
(PLANMalaysia Johor)
Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang,
79646, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor
TEL: 07-2667200/ 7201
E-MEL: jpbd@johor.gov.my