RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

RANCANGAN FIZIKAL NEGARAPENGENALAN

RFN merupakan dokumen perancangan hierarki tertinggi dalam sistem perancangan guna tanah negara. Penyediaan RFN diperuntukkan di bawah Seksyen 6B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Dasar yang terkandung di dalam RFN akan diterjemah di peringkat perancangan wilayah / negeri melalui rancangan struktur negeri dan rancangan pembangunan koridor ekonomi. Dasar ini juga boleh diterjemahkan di peringkat perancangan tempatan melalui rancangan tempatan / rancangan kawasan khas yang disediakan

Dasar yang terkandung di dalam RFN akan diterjemah di peringkat perancangan wilayah / negeri melalui rancangan struktur negeri dan rancangan pembangunan koridor ekonomi. Dasar ini juga boleh diterjemahkan di peringkat perancangan tempatan melalui rancangan tempatan / rancangan kawasan khas yang disediakan

 
FUNGSI UTAMA
  • Bertindak sebagai rangka kerja spatial bagi perancangan fizikal di peringkat nasional, wilayah, negeri dan tempatan.
  • Memandu pelaksanaan perancangan pembangunan yang seimbang antara wilayah (inter dan intra) dan di antara bandar dan luar bandar.
  • Rangka kerja yang membantu ke arah peningkatan daya saing negara selaras dengan keperluan Rancangan Malaysia Lima Tahun.
  • Menterjemahkan komitmen utama negara di peringkat antarabangsa seperti Sustainable Development Goals (SDGs) dan New Urban Agenda (NUA).
  • Menjadi asas kepada penyelarasan antara negeri, kementerian dan agensi dalam pengukuhan polisi-polisi sektoral dan tuju arah pembangunan negeri