TASK FORCE TENAGA

PENGENALAN

Task Force ini ditubuhkan bagi Majlis Pembangunan Hijau Negeri Johor (MPHNJ). Mesyuarat Penyelarasan Majlis Pembangunan Hijau Negeri Johor (MPHNJ) pada 7 Mei 2024 bersetuju:

  1. Implementasi Kajian Pelan Induk Pembangunan Hijau Negeri Johor dengan mengiktiraf Rangka Kerja Kajian Pelan Induk Pembangunan Hijau Negeri Johor sebagai agenda Negeri iaitu “Pelan Pembangunan Hijau Negeri Johor”
  2. Menstruktur semula Majlis Rendah Karbon Negeri Johor dan dijenamakan sebagai “Majlis Pembangunan Hijau Negeri Johor”

TUJUAN

  • Menyelaras, merancang dan memantau pelaksanaan program-program/inisiatif bagi Pelaksanaan Polisi Tenaga Boleh Baharu Negeri Johor mengikut sasaran
  • Mengenal pasti cabaran pelaksanaan dan kaedah penyelesaian terbaik bagi memastikan inisiatif yang terkandung dalam Polisi Tenaga Boleh Baharu berdaya laksana
  • Mengadakan sesi perbincangan dan penyelarasan bersama agensi/jabatan serta pemegang taruh yang berkaitan dalam proses pelaksanaan inisiatif
  • Membuat lawatan teknikal dan sesi pembelajaran adopt and adapt bagi benchmarking projek
  • Membantu dalam proses perancangan upskill training bersama Agensi/Jabatan/Pakar Akademik berkaitan
  • Menyediakan pelaporan dan maklumat berkaitan kepada Majlis Pembangunan Hijau Negeri Johor mengenai pelaksanaan Kerja Tenaga Negeri Johor

KEAHLIAN

Pengerusi

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor

Ahli

  1. Setiausaha Bahagian Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor

  2. Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG Johor)

  3. Ketua Eksekutif Iskandar Regional Development Authority

  4. Ketua Eksekutif Permodalan Darul Ta’zim Sdn. Bhd.

  5. Ketua Eksekutif Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia

  6. Pengarah Suruhanjaya Tenaga

  7. Pengarah Kawasan Suruhanjaya Tenaga Johor

  8. Pengarah Wilayah SIRIM Johor

  9. Pengurus Besar Nasional Berhad Johor

  10. Pengarah Jabatan Laut

  11. Pihak Berkuasan Tempatan Negeri Johor

  12. Lain-Lain berkaitan Jabatan/Agensi mengikut keperluan

Urusetia

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor)