- Menyelaras perlaksanaan dan pemakaian Kaedah-kaedah dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di seluruh Negeri Johor
- Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa kerja kepada Perancang Negeri
- Menyelaras penyediaan kertas kerja dan laporan yang di angkat bagi pertimbangan Jawatankuasa Perancangan Negeri (JPN)
- Menyelaras kertas kerja untuk diangkat ke Mesyuarat Perancang Fizikal Negara (MPFN)
- Menyelaras Mesyuarat Teknikal PBT-OSC bersama Jabatan
- Sekretariat kepada mesyuarat-mesyuarat utama diperingkat Jabatan dan Negeri
- Menyelaras perancangan strategik serta memantau aktiviti jabatan selaras dengan perancangan strategik yang dibuat
- Menyediakan terbitan Jabatan seperti Laporan Tahunan, Monograf atau Buletin Perancang Bandar dan Desa
- Memberikan maklumbalas bagi aktiviti-aktiviti di peringkat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia, di peringkat perskeutuan dan Kerajaan Negeri Johor
- Sekretariat kepada program-program hebahan Perancangan Bandar dan Desa melibatkan bengkel, seminar, lawatan dan lain-lain
- Menyelaras aktiviti berkaitan peningkatan kualiti Jabatan dan juga memantau pelaksanaan Pekeliling Teknikal Jabatan
- Memantau pelaksanaan akta dan dasar yang diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Negeri (JPN)
- Membekalkan maklumat berkaitan perubahan zoning yang telah mendapat kelulusan daripada JPN ke Unit Maklumat Gunatanah dan Rancangan Pemajuan
- Menyelaras dalam pengendalian Khidmat Nasihat
- Sekretariat tetap dalam mengurus dan melaksanakan perjalanan Lembaga Rayuan
- Melaksanakan peruntukan Bahagian VI Seksyen 36, Akta 172-Pindaan 2001 -Lembaga Rayuan
- Menguruskan hal-hal pentadbiran berkaitan Lembaga Rayuan (edaran dokumen-dokumen rayuan, penyampaian notis dana surat serta dokumentasi prosiding)
- Membantu Jabatan dalam memberikan khidmat nasihat untuk proses permohonan rundingan di bawah pelan kerja tanah/sistem perparitan/saliran dan yang berkaitan kejuruteraan awam bagi penyediaan kertas akaun/bahan rundingan untuk dibawa ke Mesyuarat Teknikal JPN
- Membantu Jabatan dalam memberikan khidmat nasihat untuk permohonan di bawah Seksyen 5 (2) berkaitan permohonan pelan kejuruteraan bagi penyediaan untuk dibawa kepada mesyuarat Jawatankuasa Pelan Bangunan