Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh,
Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor.
Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor). Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana sudi melayari laman web rasmi PLANMalaysia Johor, yang dibangunkan khusus sebagai platform untuk pengguna, sama ada masyarakat umum, agensi berkaitan, atau pemegang taruh agar lebih mudah mendapatkan maklumat dan perkhidmatan daripada PLANMalaysia secara dalam talian (online). Berbekalkan semangat untuk terus melangkah ke hadapan, laman web rasmi ini diaspirasikan untuk menjadi sumber maklumat utama mengenai perancangan fizikal Negeri Johor, sambil memastikan perkhidmatan PLANMalaysia Johor lebih efisien, efektif, elegan dan mesra pengguna.
Seiring dengan perkembangan era digital seperti Artificial Intelligence (AI) dan Internet of Things (IoT), akses pantas dan mudah kepada informasi adalah satu keperluan. Oleh itu, laman web rasmi ini menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam talian seperti Geoportal, e-Paper SPC, e-Kaunter, e-Jawab, HRMIS, eSPEKS, eLatihan, pautan Portal Dashboard JUO, dan lain-lain perkhidmatan atas talian. Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh memuat turun pelbagai maklumat penting seperti garis panduan perancangan, dokumen rancangan pemajuan, serta hebahan dan info yang terkini. Semuanya hanya di hujung jari anda. Pantas, cekap, dan tanpa batas waktu!
“Seperti kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. PLANMalaysia Johor merupakan peneraju Agenda Bandar Pintar Negeri Johor, terus mengorak langkah ke arah “Smart Government” dengan memberi perkhidmatan dan sistem penyampaian yang lebih cekap kepada rakyat. Ini juga menyokong kepada hasrat “ease of doing business” khususnya kepada pelabur dan pemain industri ke arah pembangunan yang lebih dinamik di Negeri Johor. Sokongan dan maklum balas anda adalah kunci untuk kami terus memperbaiki mutu perkhidmatan. Bersama-sama, kita mampu membentuk perancangan bandar dan desa yang lebih mampan, pintar, dan inklusif untuk semua.
Terima kasih atas kepercayaan anda kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor). Semoga laman web rasmi ini menjadi rakan maya setia anda dalam mendapatkan informasi dan perkhidmatan yang terbaik serta menjadi pilihan utama dan tempat rujukan yang mudah untuk anda dapatkan info serta perkhidmatan terbaik.
Akhir kata, terima kasih menjadi sebahagian sahabat maya kami dan jangan segan-segan untuk kembali ke laman web rasmi ini bila-bila masa anda perlukan maklumat atau perkhidmatan daripada kami.
MAJU JOHOR 2030
TPr. SAIDIN LATEH
PENGARAH
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI JOHOR
(PLANMALAYSIA JOHOR)
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Johor
(PLANMalaysia Johor)
Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Mohamad Salleh Perang,
79646, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor
TEL: 07-2667200/ 7201
E-MEL: jpbd@johor.gov.my